Home Based Learning

Home Tuition

Home Tuition adalah sesuai bagi mereka yang inginkan kualiti serta fokus dalam sesi pembelajaran di rumah pelajar sendiri. Kaedah pembelajaran ini juga menjadi suatu keperluan disebabkan kebanyakan ibu bapa dan pelajar memerlukan masa yang fleksibel dan pembelajaran yang berfokus untuk kumpulan kecil. Pakej Home Tuition ini merangkumi subjek-subjek akademik yang dipelajari di sekolah seperti subjek Sains, Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun, Ekonomi dan lain-lain. Selain itu, subjek-subjek agama seperti Hadis, Fikah, Tafsir, Sirah, Jawi, Nahu, Soraf untuk KAFA  turut ditawarkan.

Tutor akan sentiasa memberi tunjuk ajar, motivasi serta latihan seperti soalan-soalan peperiksaan yang lepas bagi membantu pelajar berjaya dengan cemerlang. Kelebihan kami adalah tutor yang telah dilatih dengan baik dan mampu memberi komitmen sesuai dengan keperluan ibu bapa serta pelajar. Tutor bukan sahaja memberi tunjukajar, malah merupakan ‘mentor’ yang dapat memberi motivasi serta memberi semangat kepada pelajar bukan sahaja dalam bidang akademik, malahan untuk berjaya dalam kehidupan.

 

Baca selanjutnya…

www.infitahhometuition.com

 

 

 

Quranic Home Based

 

Quranic Home Based (QHB) pula adalah bertujuan untuk mempelajari ilmu Al-Quran & Tajwid serta asasnya seperti Iqra’, Muqaddam dan lain-lain di rumah pelajar. Tujuannya adalah supaya pelajar dapat membaca Al-Quran dengan lancar di samping tajwid yang betul. Pelajar juga dapat bertalaqqi (mendengar sebutan bacaan yang betul) daripada tutor (ustaz/ustazah). Selain itu, bagi yang berminat mempelajari ilmu fardhu ain, tadabbur (terjemahan), hadis-hadis serta doa-doa pilihan juga sesuai bagi memilih pakej ini. QHB juga sesuai bagi pembelajaran seisi keluarga atau sesebuah organisasi.

 

Baca selanjutnya…

www.mengajialquran.com

 

facebook-147

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Widgetized Sidebar

This panel is active and ready for you to add some widgets via the WP Admin